a PERFUMOLIC n a MUSICIAN

Hello semua! Nama saya Daniel, panggil je Dan .Saya seorang pelajar jurusan Economy di salah sebuah university kat Jepun. My hobby is maen gitar n kumpul PERFUME. so, Bila da duduk Jepun, saya mendapati kat Jepun kalau kat kedai diorang jual perfume mmg murah2 gile ar. So sebagai peminat perfume tegar, mmg best ar shopping perfume kat Jepon ni. Da la ORI, murah pulak tu.

Oleh sbb saya ni suke sharing2, saya rase tak salah saya nak kongsi "kemurahan" perfume kat jepun ni dengan korang sume kat Malaysia. Buat pengetahuan korang, harga perfume yg korang beli kat Malaysia tu mahal sebab tax yang melampau tinggi kat Malaysia. Tapi kat Jepun tax die tak mahal, so sbb tu la boleh dapat murah! =)

Then saya terfikir ar nak buat bisness kecil-kecilan dgn jual perfume ni kat rakan-rakan saya kat Malaysia. Pastu dorang cadang ar saye buat akaun FB/Blogger utk buat bisnes perfume ni secare online. Harap semua rakan2 FB/Blogger saya ni dapat tlg memajukan bisnes yg halal ni n dalam mase yang same kite sharing kegembiraan bersama! oh yeAH!!

p/s:
Lagi satu, sekali lagi nak ditegaskan lagi, perfume yg saya promote ni 100% ori, siap ngan kotak yang berplastik plak tu! Utk pengetahuan korang, jepun xjual barang tiruan. Bukan rejected2 mane, xde kotak ar, tudung longgar dan sebagainye. Anda akan dapat yg sebijik mcm anda selalu beli kat Parkson dan Jusco tu. =)

Tuesday 5 April 2011

Aku Mahu Pulang Segera!!

Sungai Lui. Lagu nyanyian Aizat hemsem. Sebelum ni tertanya-tanya jugak apa pasal la lagu ni tajuk Sungai Lui tapi dalam lirik takde pun perkataan Lui ke Ptui ke kan, memang pelik abdul rashid la kan. Apa pasal tajuk lagu pasal sungai tapi takde pun lirik cakap aliran air ke daun berkepimpipinan ke gunung berkeliaran ke.. tak pelik ke rakan-rakan yang dihormati sekalian? Mesti korang pun pelik kan dah lah mase dengar lagu ni mesti ingat artis Indonesia mana ntah nyanyi kan? Apa-apa pun yang pasti , bila kita dengar je melodi lagu Sungai Lui ni, pasti hati kita rasa macam feeeeel je kan. Macam tenang-tenang je. Macam duduk kat atas batu besar tepi sungai dalam hutan rimba. Haah! Sebab tu la tajuk die Sungai Lui! Rasa macam tengah layan blues je kat tepi sungai kan feel dia! Layan blues ok, bukan layan blue. Layan blue mane boleh tepi sungai, gila pa.

Tapi actually bukan nak mengagung-agungkan artis ke lagu ke apa ke. Cuma yang ingin disampaikan kat sini tentang mesej lagu itu sendiri. Mungkin pendapat orang lain, lain lah bunyinya. Tapi bagi pendapat Dan secara peribadi, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah "tempat kita", atau dalam bahasa arab nya "our home". Kita boleh takrifkan "home" ni kepada banyak perkara, tertakluk kepada terma dan syarat individu itu masing-masing. Kita boleh maksudkan "home" itu adalah mungkin, tanah air kita, tempat kita membesar, tempat kita hidup atau tempat kita bertayamum sekalipun. Yang pastinya, bila kita dah tetapkan hati kita bahawa sesuatu tempat itu adalah "home" untuk diri kita, kita tidak akan lepas dari perasaan rindu yang mendalam apabila kita jauh dan terasing dari tempat itu. Ayat jiwang , kemonlah.

Jiwang or not, tapi itu adalah realiti dan kita semua boleh rasakan sendiri. Kepada yang pernah duduk asrama, mungkin ada yang pernah rase homesick dulu kan, masa kat sekolah-sekolah dulu. Jangan cakap masa kat sekolah-sekolah dulu, sekarang student-student U yang kene duduk kat kolej pun kadang-kadang ada yang asek nak balikkkkk je keje dia sebab rindu kat "home" dia. Sebab mungkin dia rasa lebih selesa and lebih tenang bila dia berada di "home" dia tu. Tak salah pun nak homesick, sebab itu memang naluri manusia yang akan rindukan "home" mereka.

Dan sendiri pun pernah lalui benda-benda macam tu. Kat asrama dulu pernah homesick teringat rumah masa form 1. Menangis teresak-esak di belakang kelas sewaktu prep. Memang comel gila ah waktu tu. Dah la comel, sopan-santun pulak tu. Yucks. Tapi don't get me wrong ok. I'm not that lembik. Sekali tu je nangis pastu dah tak nangis langsung pasal homesick-homesick ni. Cuma sekarang walaupun dah besar panjang janggut pun dah tumbuh berpadu, tak dapat dinafikan perasaan rindu pada home tu masih ada dalam diri Dan ni. Lebih-lebih lagi bila dah duduk study kat ataslaut macam sekarang ni. Tak salah kita nak layan perasaan yang datang tu, sekurang-kurangnya kita tahu kita seseorang yang  menghargai nilai atau erti maksud "home" itu sendiri. Memang rindu gile kat Malaysia, kat rumah , kat sekolah-sekolah dulu and dekat kampung halaman. Bila kita tahu menghargai sesuatu perkara tersebut, kita akan mampu menghargai masa-masa yang harus ditempuhi untuk masa-masa akan datang. I'm missing roti canai and nasik lemak too!! XD~~~


Daniel Perfumetalkk - Sungai Lui


 

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini....
P/s: I know Aizat's version is better but mine punya not bad whut!! Huhuhu XD

6 comments:

  1. Sedap Siot Suara Nie. Acoustic Okalah.. :)

    ReplyDelete
  2. sedap nye sore... nape x masuk AF.. sure perfume leh laku

    ReplyDelete
  3. yes yes ! Sungai Lui sedap !
    suara abang pun sedapp :D

    ReplyDelete
  4. okay rasa macam nak ngorat anda sekarang *gatal*

    btw,
    Jom baca: i'm in LOVE with Usop Wilcharrrr

    ReplyDelete
  5. nie suara nak panggil bidadari ke?? hihihi sedap.. ^_^V

    ReplyDelete