Tapi actually bukan nak mengagung-agungkan artis ke lagu ke apa ke. Cuma yang ingin disampaikan kat sini tentang mesej lagu itu sendiri. Mungkin pendapat orang lain, lain lah bunyinya. Tapi bagi pendapat Dan secara peribadi, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah "tempat kita", atau dalam bahasa arab nya "our home". Kita boleh takrifkan "home" ni kepada banyak perkara, tertakluk kepada terma dan syarat individu itu masing-masing. Kita boleh maksudkan "home" itu adalah mungkin, tanah air kita, tempat kita membesar, tempat kita hidup atau tempat kita bertayamum sekalipun. Yang pastinya, bila kita dah tetapkan hati kita bahawa sesuatu tempat itu adalah "home" untuk diri kita, kita tidak akan lepas dari perasaan rindu yang mendalam apabila kita jauh dan terasing dari tempat itu. Ayat jiwang , kemonlah.
Jiwang or not, tapi itu adalah realiti dan kita semua boleh rasakan sendiri. Kepada yang pernah duduk asrama, mungkin ada yang pernah rase homesick dulu kan, masa kat sekolah-sekolah dulu. Jangan cakap masa kat sekolah-sekolah dulu, sekarang student-student U yang kene duduk kat kolej pun kadang-kadang ada yang asek nak balikkkkk je keje dia sebab rindu kat "home" dia. Sebab mungkin dia rasa lebih selesa and lebih tenang bila dia berada di "home" dia tu. Tak salah pun nak homesick, sebab itu memang naluri manusia yang akan rindukan "home" mereka.
Dan sendiri pun pernah lalui benda-benda macam tu. Kat asrama dulu pernah homesick teringat rumah masa form 1. Menangis teresak-esak di belakang kelas sewaktu prep. Memang comel gila ah waktu tu. Dah la comel, sopan-santun pulak tu. Yucks. Tapi don't get me wrong ok. I'm not that lembik. Sekali tu je nangis pastu dah tak nangis langsung pasal homesick-homesick ni. Cuma sekarang walaupun dah besar panjang janggut pun dah tumbuh berpadu, tak dapat dinafikan perasaan rindu pada home tu masih ada dalam diri Dan ni. Lebih-lebih lagi bila dah duduk study kat ataslaut macam sekarang ni. Tak salah kita nak layan perasaan yang datang tu, sekurang-kurangnya kita tahu kita seseorang yang menghargai nilai atau erti maksud "home" itu sendiri. Memang rindu gile kat Malaysia, kat rumah , kat sekolah-sekolah dulu and dekat kampung halaman. Bila kita tahu menghargai sesuatu perkara tersebut, kita akan mampu menghargai masa-masa yang harus ditempuhi untuk masa-masa akan datang. I'm missing roti canai and nasik lemak too!! XD~~~
Daniel Perfumetalkk - Sungai Lui
Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini....
P/s: I know Aizat's version is better but mine punya not bad whut!! Huhuhu XD
Sedap Siot Suara Nie. Acoustic Okalah.. :)
ReplyDeletei like that song too :D
ReplyDeletesedap nye sore... nape x masuk AF.. sure perfume leh laku
ReplyDeleteyes yes ! Sungai Lui sedap !
ReplyDeletesuara abang pun sedapp :D
okay rasa macam nak ngorat anda sekarang *gatal*
ReplyDeletebtw,
Jom baca: i'm in LOVE with Usop Wilcharrrr
nie suara nak panggil bidadari ke?? hihihi sedap.. ^_^V
ReplyDelete