a PERFUMOLIC n a MUSICIAN

Hello semua! Nama saya Daniel, panggil je Dan .Saya seorang pelajar jurusan Economy di salah sebuah university kat Jepun. My hobby is maen gitar n kumpul PERFUME. so, Bila da duduk Jepun, saya mendapati kat Jepun kalau kat kedai diorang jual perfume mmg murah2 gile ar. So sebagai peminat perfume tegar, mmg best ar shopping perfume kat Jepon ni. Da la ORI, murah pulak tu.

Oleh sbb saya ni suke sharing2, saya rase tak salah saya nak kongsi "kemurahan" perfume kat jepun ni dengan korang sume kat Malaysia. Buat pengetahuan korang, harga perfume yg korang beli kat Malaysia tu mahal sebab tax yang melampau tinggi kat Malaysia. Tapi kat Jepun tax die tak mahal, so sbb tu la boleh dapat murah! =)

Then saya terfikir ar nak buat bisness kecil-kecilan dgn jual perfume ni kat rakan-rakan saya kat Malaysia. Pastu dorang cadang ar saye buat akaun FB/Blogger utk buat bisnes perfume ni secare online. Harap semua rakan2 FB/Blogger saya ni dapat tlg memajukan bisnes yg halal ni n dalam mase yang same kite sharing kegembiraan bersama! oh yeAH!!

p/s:
Lagi satu, sekali lagi nak ditegaskan lagi, perfume yg saya promote ni 100% ori, siap ngan kotak yang berplastik plak tu! Utk pengetahuan korang, jepun xjual barang tiruan. Bukan rejected2 mane, xde kotak ar, tudung longgar dan sebagainye. Anda akan dapat yg sebijik mcm anda selalu beli kat Parkson dan Jusco tu. =)

Tuesday 19 April 2011

HUGO Boss Women

salam.hai semua ? adakah anda semua sehat harini?harapnye begitu lah kan.semoga hari ni hari kehidupan anda semua di penuhi dengan keceriaan dan senyuman yang sentiasa mekar di bibir. =) . harini nak cerita sikit pasal satu perfume ni.korang semua pernah main game hugo x? best kan.tapi bukan game hugo yang nak diceritakan harini tapi perfume bernama hugo.eh jangan salah sangka tau game hugo dengan perfume hugo adalah dua benda yang berbeza sama sekali ! XD.anda semua pernah tak pakai perfume ni ? ok kalau yang dah pakai mesti tau kan bau dia camane.tapi  harini saya nak cerita camne untuk mereka yang belum pernah mencuba.ok cerita pasal bau perfume ni.bagi saya bau dia sangat wangi.bau perfume ni sesuai untuk bekerja seharian kerana bau perfume ni tahan lama.lagipun kan bau perfume ni takde lah kuat sangat dan saaangatlah sesuai untuk dipakai ke office.selain itu perfume ni sesuai di pakai untuk ke dinner party atau apa saja party.saya boleh jamin apabila anda memakai perfume ini,kawan-kawan anda pasti akan tetanya2 apakah perfume yang anda pakai.maklumlah wangi kan !lagi satu benda yang saya nak bagitau bau perfume ni seksi tau! awww memang bestlahkan pakai kalau nak dating ke atau lagi sesuai untuk mereka yang dah berumah tangga.confirm rumah tangga aman sentosa :D.lagipun jugak kan it holds its scent for the summer as well as winter.haa yang duk obersea pun sesuai lah guna kan !eh banyak pulak saya membebel tapi saya lupa nak bagitahu apa kandungan dia maklumlah syok sangat dengan bau perfume ni :p/haa kalau nak tau kan perfume ni mengandungi cantaloupe,green apple,water lilies with peach.haaa siapa yang suka aroma macam ni boleh lah dapatkan segera ! :). haa camne? menarik tak perfume ni ? kalau sesiapa yang rasa berminat..boleh lah buat tempahan ye ! 

HARGA KAMI = RM 140 ( 40 ml )
HARGA KAUNTER = RM 170

p/s : haaaa sudah terang lagi bersuluh kan bezza harga ?? apa lagi.grab it now !!! :D

Friday 8 April 2011

Budak-budak Hingusan Datang Juga

Heh. Tajuk sedikit angkuh juga. Tapi itulah yang Dan nak cerita sikit hari ni. Hari ni, student-student baru dari Malaysia akan sampai ke Jepun. Lebih kurang 80 pelajar baru di hantar ke Jepun pada tahun ini. Pergh, makin sikit la. Dulu time batch Dan, dalam dalam 160 orang jugak lah yang dihantar. Tak tau lah kenapa kerajaan dah semakin menyikitkan bilangan pelajar ke Jepun ni. Khabornya sebab kerajaan cuba nak menggalakkan sistem pembelajaran di dalam negara dah sekarang. Ah, tak kisah la dalam or luar negara, sama je, yang penting jati diri kita kene pandai jaga, duduk luar negara kalau akhlak tak jaga , ibadah tak jaga, serupa je kita dihantar belajar ke zoo pahang.

     So pelajar baru yakni "Freshman" yang akan datang menjadi rakyat di university Dan ni adalah sebanyak 6 orang. Ikutkan perancangan asal, mereka sepatutnya sudah 2 minggu yang lalu dihantar ke Jepun, namun sebab kan ada Tsunami aritu kan, so penerbangan mereka kat sini dah di delayed oleh pihak penganjur mereka. Mestilah delay kan, sebab komfrim ibubapa kepada pelajar-pelajar yang dihantar ke sini semua chuak nak lepaskan anak mereka ke negara yang baru ditimpa bencana ni. Maklumlah, bukan sahaja berita pasal tsunami or gempa bumi saja, malah cerita tentang radiaksi nuklear yang tersebar dengan ganasnya itu di Jepun juga boleh tahan hebatnya berita sampai Malaysia. Chet, dusta belaka. Berita kat Malaysia memang gempak ar, sampai dikatakan hujan kalau kat Jepun sekarang tak boleh kene kulit sikit, nanti radiaksi nuklear menyebabkan berlakunya proses mutasi (mutant). Kalau camtu semua orang Jepun dah jadi Wolverine atau Ramli Sarip lah kalau kene hujan kan? Tapi tak pun? Sebabnya berita di Malaysia tu perbesar-besarkan cerita je. Walhal takde ape-ape sangat pun pasal bahaya radiasi ni. Cuma ada setengah pihak yang tak bertanggungjawab je yang perbesarkan cerita. Samalah dengan isu rogol pelajar Malaysia kat Mesir tu. Mitos belaka ni.

    Macam biasa , freshman-freshman yang datang hari ni first sekali akan dibawa ke kedai makan untuk sesi senal kuai bersama dengan pelajar-pelajar senior kat sini terlebih dahulu. Senal kuai, ok. Then mereka akan dibawa bersiar-siar or makan angin or ambek feel kat bandaraya metropolitan kat sini, dan mereka akan diajar sedikit tentang cara-cara or budaya rakyat Malaysia yang menetap di Jepun negara di bawah bayu ini. Mereka akan di bawa masuk ke rumah (apartment) mereka yang telah dicarikan dan disewakan oleh senior-senior mereka pada awal-awal lagi. Senior-senior memang telah dipertanggungjawabkan untuk mencari  apartment mereka awal-awal sebab nanti senang lah diorang nak pergi ke kampus, sebab biasanya kalau tak tempah awal-awal apartment, nanti tak dapat apartment yang dekat dengan university (or kitorang panggil sekolah). Kalau apartment jauh dari sekolah leceh sikit lah, sebab biasanya kita orang Malaysia suka balik ke apartment sendiri kalau ada masa antara kuliah untuk lakukan aktiviti solat and makan-makan semua (memandangkan canteen sekolah makanan banyak tak halal).

    Lepas masuk ke apartment masing-masing, kitorang akan bawak diorang ni cari alat-alat rumah, yang paling penting ialah futon dengan bantal. Tau tak futon tu apa? Futon tu nama deodorant kat Jepun ni. Acah mak enon. Futon tu selimut tebal yang empuk, takde jual kat Malaysia tau, ada kat Jepun je. Futon ni kalau takde memang meranan kesejukan lah kalau nak tidur malam. Futon ni penting sebab sekarang musim sejuk kat Jepun, kalau takde memang jadi frozen chicken Mc Deluxe lah korang. Ok lah , Dan takde masa nak cerita panjang-panjang, ada hal sikit ni nak uruskan freshman-freshman ni. Take care semua.

 Nah lagu penutup :

Hari Bersamanya - Daniel PerfumeTalkk

 


Tuesday 5 April 2011

Aku Mahu Pulang Segera!!

Sungai Lui. Lagu nyanyian Aizat hemsem. Sebelum ni tertanya-tanya jugak apa pasal la lagu ni tajuk Sungai Lui tapi dalam lirik takde pun perkataan Lui ke Ptui ke kan, memang pelik abdul rashid la kan. Apa pasal tajuk lagu pasal sungai tapi takde pun lirik cakap aliran air ke daun berkepimpipinan ke gunung berkeliaran ke.. tak pelik ke rakan-rakan yang dihormati sekalian? Mesti korang pun pelik kan dah lah mase dengar lagu ni mesti ingat artis Indonesia mana ntah nyanyi kan? Apa-apa pun yang pasti , bila kita dengar je melodi lagu Sungai Lui ni, pasti hati kita rasa macam feeeeel je kan. Macam tenang-tenang je. Macam duduk kat atas batu besar tepi sungai dalam hutan rimba. Haah! Sebab tu la tajuk die Sungai Lui! Rasa macam tengah layan blues je kat tepi sungai kan feel dia! Layan blues ok, bukan layan blue. Layan blue mane boleh tepi sungai, gila pa.

Tapi actually bukan nak mengagung-agungkan artis ke lagu ke apa ke. Cuma yang ingin disampaikan kat sini tentang mesej lagu itu sendiri. Mungkin pendapat orang lain, lain lah bunyinya. Tapi bagi pendapat Dan secara peribadi, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah "tempat kita", atau dalam bahasa arab nya "our home". Kita boleh takrifkan "home" ni kepada banyak perkara, tertakluk kepada terma dan syarat individu itu masing-masing. Kita boleh maksudkan "home" itu adalah mungkin, tanah air kita, tempat kita membesar, tempat kita hidup atau tempat kita bertayamum sekalipun. Yang pastinya, bila kita dah tetapkan hati kita bahawa sesuatu tempat itu adalah "home" untuk diri kita, kita tidak akan lepas dari perasaan rindu yang mendalam apabila kita jauh dan terasing dari tempat itu. Ayat jiwang , kemonlah.

Jiwang or not, tapi itu adalah realiti dan kita semua boleh rasakan sendiri. Kepada yang pernah duduk asrama, mungkin ada yang pernah rase homesick dulu kan, masa kat sekolah-sekolah dulu. Jangan cakap masa kat sekolah-sekolah dulu, sekarang student-student U yang kene duduk kat kolej pun kadang-kadang ada yang asek nak balikkkkk je keje dia sebab rindu kat "home" dia. Sebab mungkin dia rasa lebih selesa and lebih tenang bila dia berada di "home" dia tu. Tak salah pun nak homesick, sebab itu memang naluri manusia yang akan rindukan "home" mereka.

Dan sendiri pun pernah lalui benda-benda macam tu. Kat asrama dulu pernah homesick teringat rumah masa form 1. Menangis teresak-esak di belakang kelas sewaktu prep. Memang comel gila ah waktu tu. Dah la comel, sopan-santun pulak tu. Yucks. Tapi don't get me wrong ok. I'm not that lembik. Sekali tu je nangis pastu dah tak nangis langsung pasal homesick-homesick ni. Cuma sekarang walaupun dah besar panjang janggut pun dah tumbuh berpadu, tak dapat dinafikan perasaan rindu pada home tu masih ada dalam diri Dan ni. Lebih-lebih lagi bila dah duduk study kat ataslaut macam sekarang ni. Tak salah kita nak layan perasaan yang datang tu, sekurang-kurangnya kita tahu kita seseorang yang  menghargai nilai atau erti maksud "home" itu sendiri. Memang rindu gile kat Malaysia, kat rumah , kat sekolah-sekolah dulu and dekat kampung halaman. Bila kita tahu menghargai sesuatu perkara tersebut, kita akan mampu menghargai masa-masa yang harus ditempuhi untuk masa-masa akan datang. I'm missing roti canai and nasik lemak too!! XD~~~


Daniel Perfumetalkk - Sungai Lui


 

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini....
P/s: I know Aizat's version is better but mine punya not bad whut!! Huhuhu XD

Sunday 3 April 2011

Handsome and the Beast

Cik Girlfren
Encik Boyfren

   Ada ke pasangan macam ni?Memang ada tak caya cuba tengok lirik kat bawah ni. Apa-apa pun layan je la lagu asal nyanyian/ciptaan Fynn Jamal ni. Lagu yang sweet dengan lirik yang sempoi-sempoi bahasa gitu. Sudah tentulah versi asal lagi sedap, tapi kemon lah laki pun tak boleh dipandang rendah ape. Huhu..


Daniel PerfumeTalkk -  150 Juta

 



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
 
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau salahnya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

Kahkah  lagu tak abes.

Saturday 2 April 2011

Ah, kau Indonesia kau tak boleh buat roti canai nanti takde customer nak makan!!

     Panjang juga ya tajuk entry kita pada hari malam ini. Saje je nak share sikit pendapat and pengalaman yang Dan ada. Ok, firstly nak bagitau, student-student Malaysia yang study kat Jepun ni, dorang walaupun dah dapat scholar yang  cukup je untuk menampung perbelanjaan seharian dorang, dorang masih lagi akan mencari part-time job (atau kita sebut "baito" dalam bahasa Jepun) untuk menambah pendapatan bulanan dorang. Sebab apa, biasalah, bila da study oversea ni kita akan dapat satu AP free, so rugi lah kalau tak bawak balik kereta sebijik kan? Sebab kereta yang dijual kat Jepun ni murah lah kalau nak dibandingkan kita beli kereta kat Malaysia. Lagi-lagi kereta sport macam Honda type R atau Evolution Lancer. Memang murah dan berbaloi lah bawak balik Malaysia.

 Baito-baito yang lumayan yang biasa orang Malaysia buat kat sini adalah terdiri daripada :
(1) mengutip sampah di tempat awam, ala-ala Alam Flora Fauzana la..(gaji sejam RM40) 
(2) menghantar surat khabar di kala pagi (gaji sebulan RM1500)
(3) berkerja di kilang-kilang bunga/elektronik (seminggu RM1000)



        So nak dijadikan story, ada sorang member Dan ni, dia kerja kat kedai sushi kat Tokyo ni. Start dari dia mula bekerja kat situ, dia disuruh melakukan kerja yang berat-berat di belakang dapur terlebih dahulu seperti membasuh pinggan dan mengankat barang-barang berat. Dan selang beberapa bulan yang berikutnya, sedikit demi sedikit dia di"promote" untuk bertugas sebagai pemotong sayur dan penyusun bahan mentah. Pastu dia ingat kalau bekerja lama lagi boleh lah dia start belajar buat sushi pulak, last-last sampai sekarang  pun, (da 3 tahun dia kerja situ) dia tak diberi peluang untuk belajar membuat sushi.

       Then bila dia buat kajian peribadi dengan bertanya pada rakan-rakan Jepun yang lain, dia telah mendapat jawapan yang jelas,terang dan berketerampilan . Dia dapat tahu bahawa seni pembuatan sushi tidak akan diajar kepada orang asing, kerana bagi dorang itu adalah seni yang berharga yang tidak boleh diajar kepada masyarakat asing. Ptuiiiii, kedekut. Adakah anda percaya statement tersebut? Dan bila dikaji-kaji semula apakah sebab sebenar kenapa orang Jepun tidak mahu mengajar cara-cara membuat sushi kepada orang asing, barulah satu jawapan yang mutlak berjaya dinikmati. Jawapannya ialah, sesebuah kedai sushi itu tidak akan laku jika orang asing yang buatkan sushi untuk pelanggan mereka. Atau dengan kata lain, pelanggan 'geli' dengan hasil tangan orang asing. Racism tak? Adakah kita boleh panggil ini satu Racism?

    Tapi jangan leka, jangan tahu menuding jari sahaja. Tapi kalau korek hidung memang lah perlu tuding jari juga. Sebenarnya memang naluri manusia macam tu. Cuba tanya diri korang sendiri, korang prefer makan roti canai yang ditebar oleh orang melayu sendiri orang Indonesia atau orang Bangladesh, atau orang Utarid? Mestilah korang prefer tangan Melayu jugak kan, so ini bermaksud korang juga rasicm! Takde beza pon. Padahal tangan kalau da basuh bersih dan start buat kerja dengan niat yang baik, sama je. Tangan Indonesia ke, tangan Sri Lanka ke semua sama je. Tangan jugak. Kalau tangan Lisa Surihani yang buat roti canai rasa extra sedap lah sikit rasanya tapi. Tapi itu semua mentaliti, mentaliti perkauman yang dah di set macam tu. So nak buat macamana, kita kena ikut je lah flow. Tapi selagi kita boleh elakkan isu perkauman contohnya kat Malaysia ni, cuba lah elakkan.

      Cuba korang tengok kat youtube tu, ada je komen-komen yang provoke kaum tu dan kaum ni dengan pelbagai insulting words, memang tiada otak la siapa-siapa yang buat macam tu. So fikir-fikirkan sendiri dan bolos saja dinding itu.

Lancome Miracle Homme


Daniel's Review: 
     Kepada peminat-peminat perfume khususnya wanita, mesti korang tau kan satu perfume Lancome yang best iaitu Lancome Miracle yang kaler pink-pink tu? Kalau tak tau , xpe meh Dan nak bagitau sikit. Kalau Lancome Miracle tu untuk kaum perempuan, yang Lancome Miracle Homme ni pulak untuk kaum laki. Amacam, ade baur-baur perkauman tak? Die cume letak perkataan "Homme" je kat belakang perfume tu untuk mengubah jantina perfume tersebut (memandangkan lelaki ni dasar pemalas dan suka duk kat "home" je).
    Elemen bau yang paling penting dalam perfume ini adalah Pimento dan Oakmoss. Amende pun Dan pun tak tau, tapi bila study-study bersama Yang Berbahagia Profesor Google Ahmad semalaman, diyakini perfume ni memang mempunyai bau yang anggun untuk seorang lelaki. Many of  famous perfumes experts rate this perfume with 7.5/10 based on the sillage and longevity. Eh, speaking pulak!
    And Dan rasa kat Malaysia memang rare dan susah nak jumpa perfume ni (tak tau lah kalau kat Pasaraya Bilal Kubang Kerian ada jual pulak). So siapa-siapa yang grab perfume ni memang terkenal lah nanti kat Malaysia. Tak pasal-pasal menang Maharaja Lawak. Apa kaitan der? Tapi apa-apahal pon this perfume memang recommended lah untuk abang-abang yang baru lepas naik pangkat kat office atau yang baru lepas tackle awek Hartamas, maklumlah bau perfume ni memang high class lah. Tapi tak salah kalau anda duduk Jalan Ipoh pun boleh pakai perfume ni, kerana kita semua manusia sama sahaja, pangkat dan darjat bukan ukurannya. =)


Lancome Miracle Homme 75ml

Harga Kedai : RM 190++
Harga PerfumeTalkk : RM 145

Oh no, ku tak mahu hidup dengan kemurahan begini ooHH!

Friday 1 April 2011

Jumaat Di Jepun

       So barangkali ada yang tertanya kalau kat Jepun ni korang hari jumaat semayang Jumaat camane ye? Kene ke semayang jumaat kat Jepun ni? Bukan kalau tak cukup syarat takleh sembahyang jumaat ke? Entahlah, Dan pun bukannya arif sangat selok-belok fiqah ni. Tapi yang Dan tau kat sini walaupun umat Islam sikit je, tapi kami still lakukan sembahyang jumaat macam kat Malaysia jugak. Yang bezanya khutbah kitorang kat sini dalam bahasa inggeris, sebab bukan orang melayu je ada kat sini, ada rakyat dari Turki, dari Pakistan, Bangladesh, Zuhrah dan macam-macam lagi lah yang study sama-sama kat universiti tempat kitorang ni. So sembahyang jumaat macam biasa, tapi tak boleh tidur masa khutbah lah, sebab orang sikit so senang kantoi. Kat Malaysia tidur time khutbah susah kantoi, sebab orang ramai. Lagi-lagi time tabung kutip derma lalu depan, buat-buat tidur mati kaw-kaw lah kan. Ishh tak baik.

    Tapi Dan sendiri pon dulu masa kat Universiti Malaya pun selalu jugak tidur waktu khutbah, memang kurang beradab jugak. Dah lah datang masjid lambat, tidur pula tu. Memang tidak sopan. Tapi tu kisah lama, sekarang kita makin dewasa semakin tahu tanggungjawab kita. Nanti bila da beranak-pinak takkan lah nak tunjuk contoh macam tu kat anak kita. Mestilah kene tunjuk contoh yang baik dan berbudi pekerti. Ni kalau tak tunjuk contoh yang baik, kecik-kecik da pandai curik selipar imam masjid. Nasib baik imam sekarang da pandai pakai Crocs. Pandai lah kau.

   Nah dengarlah lagu Saleem ni, tapi Saleem versi suara tidak bergerigi sangat lah.

Daniel PerfumeTalkk -  Tinggal Kenangan

 

P/S:Teringat masa balik raya summer lepas. Rindu pulak family Dan.

Calvin Klein Euphoria Spring Temptation


 Daniel's Review:
     Perfume ni actually adalah versi musim luruh untuk original perfume Calvin Klein Euphoria yang dikeluarkan pada tahun 2009. Bau yang menarik sebab top note die terdiri dari scent daripada Guava, Pear and Water.Konon-konon musim luruh kene pakai perfume yang ala-ala bau macam ni la. Sebab apabila daun-daun luruh berterbangan sekeliling kita, dengan perfume ni pasti akan meningkatkan kadar kewangian kita sewaktu berjalan. Boleh tahan khurafat jugak. Tapi mungkin betul jugak, mungkin diorang da buat kajian. Kita duduk rumah je layan Raja Lawak memang la tak tau ape-ape.Huhu. 
    Tapi kat Mesia walaupon xde musim luruh macam kat negara mat saleh, jangan la tak mau cuba perfume ni. Kat Mesia kan ada macam-macam yang luruh, contohnya durian. Mungkin perfume ini dah di design utk apabila durian luruh, bau wangi akan muncul hebat. Maknanya kena selalu balik kampung la yang mana duk KL tu. Alhamdulillah melawat jugak ibu bapa atuk nenek kat kampung dengan perfume ni. Mungkin inilah hikmah sebenar perfume ni. 

   Ape entah aku merepek ni. Macam main-main je bisnes.Hihi.


Calvin Klein Euphoria Spring Temptation 30ml
Harga Kedai : Tak sure but tgk kat amazon around RM 150++
Harga PerfumeTalkk : RM105

so akak-akak ape tunggu lagi , takkan tunggu musim durian kot!



Thursday 31 March 2011

"Saya Cintakan Awak"? meh sini.

Bosan gile arini, bangun lambat, member2 semua da kua pegi jalan2. Tinggal Dan sorang2 je kat rumah ni. Tapi best gak sebab bila dah takde kat rumah leh la memekak sorang-sorang sambil memekak dengan gitar kat rumah. Huhu.

Nak ajar korang, ape itu "saya cintakan awak" dalam bahasa jepun. Mungkin ramai yang dah tau tapi saje je nak bagitau jugak!Saya cintakan awak dalam bahasa jepun ialah "Aishiteru" , ataupon kita boleh sebut "Kimi Ga Suki". Mane-mane pon  boleh guna, tapi "Aishiteru" tu lebih kepada "cinta", dan "Kimi Ga Suki" tu plak lebih kepada "suka". Ah suka hati koranglah nak guna yang mane-mane pon. Bukan korang tinggal kat Jepun pon =P.Huhu.

Nah amek ni sebuah lagu dari band Indonesia, Zihfilia yang bertajuk "Aishiteru" . Lagu ni unik gak ar sebab die ade selitkan sikit bahasa jepun dalam lirik die. Sikit je, cenonet je, tapi ok la tuh, sekurang-kurangnya selit-selit jugak. Jangan terselit sampin dalam celahan punggung anda sudah.=P


Daniel PerfumeTalkk - Aishiteru


p/s: kelaparan perut sekarang dan malas masak.

Paco Rabanne Black XS for Men





Daniel's Review : Perfume ni memang famous ar di kalangan member2 Dan. Ada sorang member Dan kat sini perempuan pon pakai perfume ni, actually memang tak sesuai gile ar. Sebab ni memang pure bau laki perfume ni. Bau macho-macho ala-ala pekerja office pangkat bawah sikit je dari bos. Kalau dating nescaya girlfriend korang akan jatuh hati buat kali ke 2 kepada anda.Exegerate penting. Anyway untuk sape2 yang penah guna perfume Armani Code,212 Men atau Bvlgari Agva, akan suka perfume ni, sebab bau dorang dekat-dekat je. Kepada awek2, leh ar beli untuk balak you'all. Pasti awek lain pula yang jatuh hati. Padan muka anda. Yang penting, Be Original =).

Paco Rabanne Black XS 50ml
Harga Kedai: RM 190
Harga PerfumeTalkk : RM 130   

Wah murahnye tunggu pe lagi grab arrr segera! =)

Monday 28 March 2011

Tsunami dan Gempa Bumi renungkan!

Lebih kurang 3 minggu yang lepas kita digemparkan dengan berita di Jepun tentang bencana alam gempa bumi dan tsunami yang mengakibatkan kerosakan teruk pada negara maju itu. Pada waktu tu Dan bersama dengan rakan2 Dan tgh makan kat kedai sushi kat area Tokyo, xsemena-mena gegaran yang kuat kitorang rasa , dan semua pelanggan kedai tu di arah keluar daripada kedai.

And bila kitorang balik bukak tv je, memang kecoh gila berita pasal gempa bumi dengan tsunami ni kat tv. Pemberita-pemberita kat tv jepun pakai topi keledar keselamatan sambil buat report, takut bangunan runtuh tiba-tiba kot. Sambil buat report, sambil bangunan bergoyang-goyang, menakutkan gak ar tengok tv pon.

Yang paling sedih bila kita tengok mangsa-mangsa bencana , terutamanya orang-orang tua n kanak-kanak. Ada yang menangis minta tolong, ada yang nak melarikan diri tapi tak bermaya, ada yang kene hanyut dengan air dalam kereta. Memang sedih la.

So Dan harap rakyat-rakyat kat Malaysia boleh berkongsi simpatai, apa lah salahnya menderma sedikit sebanyak wang yang kita ada untuk tolong mangsa-mangsa bencana ni. Dan yakin kat msia mesti byk badan volunteer yang buat kutip2 donation kan, so xsalah sumbangkan sikit harta korang tu. Mungkin orang kat Malaysia tak rasa sangat, tapi kitorang kat sini memang nampak kejadian berlaku dekat sangat dengan kitorang. And sape2 yang da ade kad kredit tu , donate la sikit melalui online, xsusah pon.

Kat sini Dan ade gubah satu lagu, asalnya lagu We Are The World nyanyian Michael Jackson, cuma Dan tuliskan n nyanyikan balik dalam bahasa melayu. Maklumlah nak nyanyi BI mmg failed la.Huhu.
Dengar dan renungkan bersama!Kanpai!


Kita Satu - Daniel PerfumeTalkk


Ys St. Laurent Baby Doll




Ys St. Laurent Baby Doll 100ml RM 250
Harga Kedai RM 250
Harga PerfumeTalk RM 160
kalau xmurah jugak tak tau lah.

Tommy Hilfiger Tommy Summer 2008 for Men




Tommy Hilfiger Tommy Summer 2008 for Men
Harga Kedai RM 240
Harga PerfumeTalk RM 130
perghhh!!

Tommy Hilfiger Dreaming




Tommy Hilfiger Dreaming 30ml
 Harga Kedai RM170
Harga PerfumeTalk RM 110
aduh murahnye!! XD

Salvatore Ferragamo Incanto Heaven

Salvatore Ferragamo Incanto Heaven EDT 50ml
Harga Kedai RM 200
Harga PerfumeTalk RM 110
xmungkin!!!!

Ralph Lauren Ralph




Ralph Lauren Ralph 30ml
Harga Kedai RM 240
Harga Perfume Talk RM 90
xtau nak cakap ape lagi da.

Paul Smith Extreme Women


Paul Smith Extreme Women 30ml
Harga Kedai RM 130
Harga PerfumeTalk RM 80
huihhh?no way!

Paris Hilton Heiress




Paris Hilton Heiress 30ml
Harga Kedai RM 120
Harga PerfumeTalk RM 68
xpercaya sudah.

Nina Ricci Nina


Nina Ricci Nina 80ml
Harga Kedai RM 265
Harga Kedai RM 140
waww!!xkanlah semurah ni!

Kate Moss Velvet Hour

Kate Moss Velvet Hour 30ml
Harga Kedai RM 140
Harga PerfumeTalk RM 100

Jennifer Lopez Glow


Jennifer Lopez Glow EDT 30ml
Harga Kedai RM!148
Harga Perfume Talk RM 75
saat2 camni jgnla bergurau!

Hilary Duff With Love

Hilary Duff With Love 50ml
Harga Kedai  RM 150
Harga PerfumeTalk RM 95 OMG wut?

Guess Guess For Women

 

Guess  For Women EDP 50ml
Harga Kedai RM160
Harga PerfumeTalk RM95

Gucci Envy Me

 

Gucci Envy Me EDT 30ml
Harga Kedai RM 155
Harga PerfumeTalk RM 130

Ghost Luminous


Ghost Luminous 30ml

Harga Kedai RM 140
Harga PerfumeTalk RM 80

Ferrari Red

Ferrari Red EDT 40ml
Harga Kedai RM 110
Harga PerfumeTalk RM 85 huiyo!

Ferrari Black

Ferrari Black EDT 40ml
Harga Kedai RM110
Harga PerfumeTalk RM85 no way!! =)

Emanuel Ungaro Apperetion Sky

Emanuel Ungaro Apperetion Sky EDT 50ml
Harga Kedai RM 190
Harga PerfumeTalk RM 120 oh no murahh!

Dunhill London






Dunhill London EDT 50ml
Harga Kedai RM 220
Harga PerfumeTalk RM 160

Dunhill Black

Dunhill Black EDT 50ml
Harga Kedai RM 230
Harga PerfumeTalk   RM 150 hei murahnye!

David Beckham Signature Story

David Beckham Signature Story EDT 30ml
Harga Kedai RM170
Harga PerfumeTalk RM100 oh no!!