a PERFUMOLIC n a MUSICIAN

Hello semua! Nama saya Daniel, panggil je Dan .Saya seorang pelajar jurusan Economy di salah sebuah university kat Jepun. My hobby is maen gitar n kumpul PERFUME. so, Bila da duduk Jepun, saya mendapati kat Jepun kalau kat kedai diorang jual perfume mmg murah2 gile ar. So sebagai peminat perfume tegar, mmg best ar shopping perfume kat Jepon ni. Da la ORI, murah pulak tu.

Oleh sbb saya ni suke sharing2, saya rase tak salah saya nak kongsi "kemurahan" perfume kat jepun ni dengan korang sume kat Malaysia. Buat pengetahuan korang, harga perfume yg korang beli kat Malaysia tu mahal sebab tax yang melampau tinggi kat Malaysia. Tapi kat Jepun tax die tak mahal, so sbb tu la boleh dapat murah! =)

Then saya terfikir ar nak buat bisness kecil-kecilan dgn jual perfume ni kat rakan-rakan saya kat Malaysia. Pastu dorang cadang ar saye buat akaun FB/Blogger utk buat bisnes perfume ni secare online. Harap semua rakan2 FB/Blogger saya ni dapat tlg memajukan bisnes yg halal ni n dalam mase yang same kite sharing kegembiraan bersama! oh yeAH!!

p/s:
Lagi satu, sekali lagi nak ditegaskan lagi, perfume yg saya promote ni 100% ori, siap ngan kotak yang berplastik plak tu! Utk pengetahuan korang, jepun xjual barang tiruan. Bukan rejected2 mane, xde kotak ar, tudung longgar dan sebagainye. Anda akan dapat yg sebijik mcm anda selalu beli kat Parkson dan Jusco tu. =)

Friday 8 April 2011

Budak-budak Hingusan Datang Juga

Heh. Tajuk sedikit angkuh juga. Tapi itulah yang Dan nak cerita sikit hari ni. Hari ni, student-student baru dari Malaysia akan sampai ke Jepun. Lebih kurang 80 pelajar baru di hantar ke Jepun pada tahun ini. Pergh, makin sikit la. Dulu time batch Dan, dalam dalam 160 orang jugak lah yang dihantar. Tak tau lah kenapa kerajaan dah semakin menyikitkan bilangan pelajar ke Jepun ni. Khabornya sebab kerajaan cuba nak menggalakkan sistem pembelajaran di dalam negara dah sekarang. Ah, tak kisah la dalam or luar negara, sama je, yang penting jati diri kita kene pandai jaga, duduk luar negara kalau akhlak tak jaga , ibadah tak jaga, serupa je kita dihantar belajar ke zoo pahang.

     So pelajar baru yakni "Freshman" yang akan datang menjadi rakyat di university Dan ni adalah sebanyak 6 orang. Ikutkan perancangan asal, mereka sepatutnya sudah 2 minggu yang lalu dihantar ke Jepun, namun sebab kan ada Tsunami aritu kan, so penerbangan mereka kat sini dah di delayed oleh pihak penganjur mereka. Mestilah delay kan, sebab komfrim ibubapa kepada pelajar-pelajar yang dihantar ke sini semua chuak nak lepaskan anak mereka ke negara yang baru ditimpa bencana ni. Maklumlah, bukan sahaja berita pasal tsunami or gempa bumi saja, malah cerita tentang radiaksi nuklear yang tersebar dengan ganasnya itu di Jepun juga boleh tahan hebatnya berita sampai Malaysia. Chet, dusta belaka. Berita kat Malaysia memang gempak ar, sampai dikatakan hujan kalau kat Jepun sekarang tak boleh kene kulit sikit, nanti radiaksi nuklear menyebabkan berlakunya proses mutasi (mutant). Kalau camtu semua orang Jepun dah jadi Wolverine atau Ramli Sarip lah kalau kene hujan kan? Tapi tak pun? Sebabnya berita di Malaysia tu perbesar-besarkan cerita je. Walhal takde ape-ape sangat pun pasal bahaya radiasi ni. Cuma ada setengah pihak yang tak bertanggungjawab je yang perbesarkan cerita. Samalah dengan isu rogol pelajar Malaysia kat Mesir tu. Mitos belaka ni.

    Macam biasa , freshman-freshman yang datang hari ni first sekali akan dibawa ke kedai makan untuk sesi senal kuai bersama dengan pelajar-pelajar senior kat sini terlebih dahulu. Senal kuai, ok. Then mereka akan dibawa bersiar-siar or makan angin or ambek feel kat bandaraya metropolitan kat sini, dan mereka akan diajar sedikit tentang cara-cara or budaya rakyat Malaysia yang menetap di Jepun negara di bawah bayu ini. Mereka akan di bawa masuk ke rumah (apartment) mereka yang telah dicarikan dan disewakan oleh senior-senior mereka pada awal-awal lagi. Senior-senior memang telah dipertanggungjawabkan untuk mencari  apartment mereka awal-awal sebab nanti senang lah diorang nak pergi ke kampus, sebab biasanya kalau tak tempah awal-awal apartment, nanti tak dapat apartment yang dekat dengan university (or kitorang panggil sekolah). Kalau apartment jauh dari sekolah leceh sikit lah, sebab biasanya kita orang Malaysia suka balik ke apartment sendiri kalau ada masa antara kuliah untuk lakukan aktiviti solat and makan-makan semua (memandangkan canteen sekolah makanan banyak tak halal).

    Lepas masuk ke apartment masing-masing, kitorang akan bawak diorang ni cari alat-alat rumah, yang paling penting ialah futon dengan bantal. Tau tak futon tu apa? Futon tu nama deodorant kat Jepun ni. Acah mak enon. Futon tu selimut tebal yang empuk, takde jual kat Malaysia tau, ada kat Jepun je. Futon ni kalau takde memang meranan kesejukan lah kalau nak tidur malam. Futon ni penting sebab sekarang musim sejuk kat Jepun, kalau takde memang jadi frozen chicken Mc Deluxe lah korang. Ok lah , Dan takde masa nak cerita panjang-panjang, ada hal sikit ni nak uruskan freshman-freshman ni. Take care semua.

 Nah lagu penutup :

Hari Bersamanya - Daniel PerfumeTalkk

 


5 comments:

  1. Thanks yer dan kerana singgah dan follow blog saya. Selamat berkenalan and happy blogging ok. take care urself ok!

    ReplyDelete
  2. Hye..^_^..

    Like hari bersamanya...=))..

    ReplyDelete
  3. weh dapat tajaan apa ya? hmm, goodluck senal kuai dgn freshman2 haha. hormati yg tua, sygi yg muda kan kan kan :D

    ReplyDelete
  4. frozen chicken Mc Deluxe,jangan main2..
    haha... :D

    ReplyDelete