a PERFUMOLIC n a MUSICIAN

Hello semua! Nama saya Daniel, panggil je Dan .Saya seorang pelajar jurusan Economy di salah sebuah university kat Jepun. My hobby is maen gitar n kumpul PERFUME. so, Bila da duduk Jepun, saya mendapati kat Jepun kalau kat kedai diorang jual perfume mmg murah2 gile ar. So sebagai peminat perfume tegar, mmg best ar shopping perfume kat Jepon ni. Da la ORI, murah pulak tu.

Oleh sbb saya ni suke sharing2, saya rase tak salah saya nak kongsi "kemurahan" perfume kat jepun ni dengan korang sume kat Malaysia. Buat pengetahuan korang, harga perfume yg korang beli kat Malaysia tu mahal sebab tax yang melampau tinggi kat Malaysia. Tapi kat Jepun tax die tak mahal, so sbb tu la boleh dapat murah! =)

Then saya terfikir ar nak buat bisness kecil-kecilan dgn jual perfume ni kat rakan-rakan saya kat Malaysia. Pastu dorang cadang ar saye buat akaun FB/Blogger utk buat bisnes perfume ni secare online. Harap semua rakan2 FB/Blogger saya ni dapat tlg memajukan bisnes yg halal ni n dalam mase yang same kite sharing kegembiraan bersama! oh yeAH!!

p/s:
Lagi satu, sekali lagi nak ditegaskan lagi, perfume yg saya promote ni 100% ori, siap ngan kotak yang berplastik plak tu! Utk pengetahuan korang, jepun xjual barang tiruan. Bukan rejected2 mane, xde kotak ar, tudung longgar dan sebagainye. Anda akan dapat yg sebijik mcm anda selalu beli kat Parkson dan Jusco tu. =)

Saturday 2 April 2011

Ah, kau Indonesia kau tak boleh buat roti canai nanti takde customer nak makan!!

     Panjang juga ya tajuk entry kita pada hari malam ini. Saje je nak share sikit pendapat and pengalaman yang Dan ada. Ok, firstly nak bagitau, student-student Malaysia yang study kat Jepun ni, dorang walaupun dah dapat scholar yang  cukup je untuk menampung perbelanjaan seharian dorang, dorang masih lagi akan mencari part-time job (atau kita sebut "baito" dalam bahasa Jepun) untuk menambah pendapatan bulanan dorang. Sebab apa, biasalah, bila da study oversea ni kita akan dapat satu AP free, so rugi lah kalau tak bawak balik kereta sebijik kan? Sebab kereta yang dijual kat Jepun ni murah lah kalau nak dibandingkan kita beli kereta kat Malaysia. Lagi-lagi kereta sport macam Honda type R atau Evolution Lancer. Memang murah dan berbaloi lah bawak balik Malaysia.

 Baito-baito yang lumayan yang biasa orang Malaysia buat kat sini adalah terdiri daripada :
(1) mengutip sampah di tempat awam, ala-ala Alam Flora Fauzana la..(gaji sejam RM40) 
(2) menghantar surat khabar di kala pagi (gaji sebulan RM1500)
(3) berkerja di kilang-kilang bunga/elektronik (seminggu RM1000)



        So nak dijadikan story, ada sorang member Dan ni, dia kerja kat kedai sushi kat Tokyo ni. Start dari dia mula bekerja kat situ, dia disuruh melakukan kerja yang berat-berat di belakang dapur terlebih dahulu seperti membasuh pinggan dan mengankat barang-barang berat. Dan selang beberapa bulan yang berikutnya, sedikit demi sedikit dia di"promote" untuk bertugas sebagai pemotong sayur dan penyusun bahan mentah. Pastu dia ingat kalau bekerja lama lagi boleh lah dia start belajar buat sushi pulak, last-last sampai sekarang  pun, (da 3 tahun dia kerja situ) dia tak diberi peluang untuk belajar membuat sushi.

       Then bila dia buat kajian peribadi dengan bertanya pada rakan-rakan Jepun yang lain, dia telah mendapat jawapan yang jelas,terang dan berketerampilan . Dia dapat tahu bahawa seni pembuatan sushi tidak akan diajar kepada orang asing, kerana bagi dorang itu adalah seni yang berharga yang tidak boleh diajar kepada masyarakat asing. Ptuiiiii, kedekut. Adakah anda percaya statement tersebut? Dan bila dikaji-kaji semula apakah sebab sebenar kenapa orang Jepun tidak mahu mengajar cara-cara membuat sushi kepada orang asing, barulah satu jawapan yang mutlak berjaya dinikmati. Jawapannya ialah, sesebuah kedai sushi itu tidak akan laku jika orang asing yang buatkan sushi untuk pelanggan mereka. Atau dengan kata lain, pelanggan 'geli' dengan hasil tangan orang asing. Racism tak? Adakah kita boleh panggil ini satu Racism?

    Tapi jangan leka, jangan tahu menuding jari sahaja. Tapi kalau korek hidung memang lah perlu tuding jari juga. Sebenarnya memang naluri manusia macam tu. Cuba tanya diri korang sendiri, korang prefer makan roti canai yang ditebar oleh orang melayu sendiri orang Indonesia atau orang Bangladesh, atau orang Utarid? Mestilah korang prefer tangan Melayu jugak kan, so ini bermaksud korang juga rasicm! Takde beza pon. Padahal tangan kalau da basuh bersih dan start buat kerja dengan niat yang baik, sama je. Tangan Indonesia ke, tangan Sri Lanka ke semua sama je. Tangan jugak. Kalau tangan Lisa Surihani yang buat roti canai rasa extra sedap lah sikit rasanya tapi. Tapi itu semua mentaliti, mentaliti perkauman yang dah di set macam tu. So nak buat macamana, kita kena ikut je lah flow. Tapi selagi kita boleh elakkan isu perkauman contohnya kat Malaysia ni, cuba lah elakkan.

      Cuba korang tengok kat youtube tu, ada je komen-komen yang provoke kaum tu dan kaum ni dengan pelbagai insulting words, memang tiada otak la siapa-siapa yang buat macam tu. So fikir-fikirkan sendiri dan bolos saja dinding itu.

3 comments:

  1. tapi kat Malaysia ni ramai Melayu makan roti canai yang ditebar mamak-mamak kedai mamak tu..he..he..sedangkan old town cafe yg xde sijil halal pun Melayu masuk makan..bagi sesetengah Melayu janji sedap, hal lain tolak tepi..betul kan?

    ReplyDelete
  2. amboi mahal ye gaji , kutip sampah 40 sejam. untung lah kan
    jual roti canai yee di jepun ? wow

    ReplyDelete
  3. waakaaakakakaka.....
    amboi..xkalah..nak tgn lisa surihani tebar roti canai..aiyokk..haha... keje kilang bunga leh dpt rm1000 seminggu ka..mau keje la..wakakakk

    ReplyDelete